Susu pembersih lembut sesuai untuk jenis kulit bermasalah, sensitif dan berminyak dengan ejen pembersih semula jadi untuk menjadikan kulit cerah dan sihat.
Kebaikan: •Mengurangkan kegatalan pada kulit sensitif. •Menenangkan kulit yang sensitif dan rengsa. •Mengurangkan penampilan kemerahan kulit.
2. EXFOWHITENING SCRUB
Kompleks aktif pencerah yang menghidrasi, mencerahkan, dan melawan tanda-tanda penuaan.
Kebaikan: •Membantu mensasarkan tanda-tanda penuaan. •Meratakan tona kulit menjadi sekata. •Melembutkan lapisan permukaan kulit wajah.
3. LUMINESCING TONER
Formula yang sangat lembut untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Diformulasi dari Asid Hyaluronik dan Aloe Vera, ia melengkapkan rutin pembersihan anda.
Kebaikan: •Mengurangkan kegatalan pada kulit sensitive. •Menenangkan kulit yang sensitive dan rengsa. •Mengurangkan penampilan kemerahan kulit.
4. NOURISHING SERUM
Dikuasakan oleh Swiss Glacier Bacteria untuk membantu menyuburkan dan meremajakan kulit untuk jangka masa panjang. Dilengkapi dengan bahan kecantikan aktif dari Switzerland untuk menyegarkan wajah yang lesu dan mengembalikan penampilan cahaya semulajadi pada kulit.
Kebaikan: • Membantu memberi tenaga pada kulit yang letih dan tertekan. • Menghilangkan garisan halus. • Membantu meningkatkan kelembapan semula jadi kulit.
5. NOURISHING CREAM
Pelembap wajah yang sangat lembut menjadikan kulit cantik dan bersinar, serta cerah secara semula jadi. Ia juga membantu menghidratkan kulit.
Kebaikan: • Menjadikan kulit terasa lembut, halus dan sihat. • Membantu meningkatkan kelembapan semula jadi kulit. •Mengurangkan minyak yang berlebihan pada wajah.
6. MOISTURIZING SUNSCREEN
Pelindung matahari siang hari yang melindungi dari sinar UV, mencegah munculnya bintik-bintik gelap dan tanda-tanda penuaan pramatang.
Kebaikan: •Melindungi dari kesan berbahaya dari sinar UV. •Mencegah pembentukan bintik-bintik hitam sambil menjadikan kulit kelihatan sihat. •Untuk memelihara kulit menjadi awet muda, cerah dan tona kulit yang sekata.
SOALAN YANG SERING DITANYA
1. ADAKAH WHITE SERIES SET SESUAI UNTUK KULIT KERING?
White Series Skincare Set memfokuskan penjagaan kulit bermasalah yang lebih spesifik kepada 4 jenis masalah kulit yang dihadapi iaitu kulit jerawat, kering, pigmentasi serta mempunyai garis halus dan tanda penuaan. Ia mengandungi kandungan utama iaitu CIGF™ yang dihasikan dari inovasi berasaskan stem cell manusia, yang terbukti secara klinikal dan dermatological meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit, mengurangkan garis halus kedutan serta pigmentasi yang sekaligus menjadikan tona kulit cerah sekata secara semulajadi.
2. ADAKAH TERDAPAT PEWANGI DALAM KANDUNGAN BAHAN CELLLORA®WHITE SERIES?
Tiada kandungan pewangi di dalam semua set rangkaian Celllora® White Series.
3. ADAKAH TERDAPAT KANDUNGAN PARABEN DAN SLS DALAM KANDUNGAN BAHAN CELLLORA®WHITE SERIES?
Tiada kandungan paraben dan SLS dalam semua produk rangkaian White Series Set.
4. APAKAH PERBEZAAN KANDUNGAN BAHAN RICE PEPTIDE DAN PITERA CELLLORA®WHITE SERIES?
Pitera berbeza dengan Rice Peptide dari teknik pemprosesan untuk mendapatkan bahan bioaktif. Pitera diekstrak dari proses Fermentasi (Penapaian) Semulajadi yang dikawal Ketat, berbeza dengan Rice Peptide yang diekstrak menggunakan proses Hidrolisis – peleraian molekul dengan penambahan air. Perbezaan yang mudah untuk kedua-dua bahan, satu pengekstrakan dari tapai (Pitera) dan lagi satu dari nasi (Rice Peptide). Rice Peptide yang terkandung dalam Celllora® GloShotz memiliki khasiat anti-penuaan serta penyahtoksin badan.
5. ADAKAH PENGGUNAAN WHITE SERIES SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF DAN EKZEMA?
White Series set terbukti selamat digunakan bagi pengguna yang berkulit sensitif serta mempunyai ekzema kerana ianya tidak mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan juga alkohol, pewangi, SLS dan paraben yang boleh mengeringkan kulit serta merosakkan lapisan pelindungan kulit.
6. ADAKAH EXFOWHITENING SCRUB BOLEH DIPAKAI SETIAP HARI?
Penggunaan Exfowhitening Scrub boleh dipakai setiap 2-3 hari bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan mempercepatkan proses penjanaan semula kulit baru.
7. BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI JENIS KULIT SAYA?
Biasanya, kulit dikelaskan dalam beberapa kategori iaitu normal, berminyak, kering, sensitive, pigmentasi dan mengalami kesan penuaan. Sekiranya anda mempunyai kulit kombinasi, ini bermaksud kulit anda mempunyai masalah yang berbeza di sesuatu kawasan dan masalah lain di kawasan lain. (berminyak di sekitar zon-T anda tetapi normal di tempat lain, misalnya). Jenis kulit boleh berubah dari masa ke masa dan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti hormon, ubat-ubatan dan diet. Untuk mengetahui dengan lebih baik tentang jenis kulit anda, basuh dengan lembut dan biarkan tanpa produk selama beberapa jam sebelum memeriksanya dengan teliti untuk melihat kawasan yang berbeza. Perhatikan bagaimana penampilan, tekstur dan keadaan kulit dari hari ke hari, serta bagaimana ia bertindak balas terhadap sesuatu produk penjagaan kulit.
8. ADAKAH PENGGUNAAN MANA-MANA PRODUK WHITE SERIES BOLEH DIGANTIKAN DENGAN PRODUK LAIN DALAM SATU-SATU MASA?
Penggunaan produk White Series boleh dipakai secara set atau single item dan diganti dengan produk lain. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan hasil keberkesanan seperti yang dinyatakan, penggunaan set lengkap adalah disarankan.